Annuar minta kjaan pusat bantu Ktan walaupun diperintah PAS
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa menyarankan kepada kerajaan pusat supaya memberi peruntukan mencukupi untuk membangunkan Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) walaupun ia diperintah oleh pembangkang.

Katanya, langkah itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan antara Kelantan dengan negeri-negeri lain yang diperintah Barisan Nasional (BN).
Menurut laporan
Bernama
, beliau berkata, hasrat Umno dan BN Kelantan untuk membangunkan negeri ini tidak terikat dengan fahaman politik walaupun Kelantan diperintah PAS.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ihya Ramadhan malam tadi, Annuar berkata masa yang lama diperlukan untuk membangunkan sesebuah negeri dan ia perlu dilakukan dari sekarang agar perancangan kerajaan itu menepati masa yang ditetapkan.
Sementara itu, berucap di majlis yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed berkata RMK-9 akan lebih baik daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) memandangkan persediaan awal pegawai kerajaan terhadap pelaksanaan segala perancangannya.
Beliau berkata, kerajaan akan mengadakan taklimat khas berhubung dasar dan pelaksanaan RMK-9 kepada semua kakitangan kerajaan di samping pendedahan tentang hasrat kerajaan untuk melaksanakan setiap program dengan lebih baik.