Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ganjaran 20 sen bagi pembeli bawa beg sendiri
Diterbitkan:  Apr 9, 2018 9:00 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

PRU14 | BN Selangor dalam manifesto pilihan rayanya berjanji akan memberi ganjaran 20 sen kepada para pengguna yang membawa beg mereka sendiri semasa berbelanja.

Walaupun kaedah pelaksanaan aku janji itu tidak dijelaskan secara terperinci, emungkinan besar ia adalah tindak balas BN terhadap dasar kerajaan negeri yang melarang penggunaan beg plastik dan polistirena di semua pasar raya dan pusat komersial utama sejak 1 Jan lalu.

Pengguna yang memerlukan beg plastik dikehendaki membayar 20sen setiap satu.

Dasar itu diamalkan di negara maju sebagai cara mengurangkan penggunaan beg plastik dan menanamkan kesedaran orang ramai terhadap isu pencemaran alam sekitar.

Manifesto BN yang dilancarkan semalam juga berjanji memperbaiki polisi yang diperkenalkan Pakatan Harapan dan gabungan sebelumnya Pakatan Rakyat.

Misalnya BN berjanji memperluas dasar air percuma Selangor - yang diberikan kepada isi rumah yang menggunakan air kurang daripada 20 meter padu - dengan menawarkan rebet (potongan harga) bagi isi rumah yang menggunakan air kurang daripada 40 meter padu.

Janji ini bertentangan dengan polisi BN sebelumnya yang membantah skim air percuma Selangor kerana ia tidak disasarkan kepada golongan miskin.

Lain-lain janji untuk menambah-baik dasar Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat termasuklah tawaran untuk menambah RM500 terhadap pemberian tunai Selangor sebanyak RM2,500 bagi khairat kematian, memperbaiki skim bas percuma dan skim hotspot wifi percuma.

Banyak janji BN Selangor disasarkan kepada golongan miskin, antara lain seperti janji untuk memansuhkan saman bagi penjaja atau peniaga kecil, taska bangunan di projek perumahan kos rendah dan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk penduduk PPR.

Lihat Komen
ADS