Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin serah kereta rasmi, balik naik Grab
Diterbitkan:  Apr 9, 2018 1:50 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyerahkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Beliau justeru dikatakan terpaksa memesan khidmat perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi untuk pulang ke rumah.

“Selepas menyerahkan kunci kereta secara rasmi kepada kerajaan negeri, MB Azmin berkata beliau akan mengambil Grab untuk pulang ke rumah,” menurut Twitter seorang wartawan luar negara.

Azmin turut mengulang tweet tulisan itu.

Menurut Twitter Azmin, beliau dan exco menyerahkan kenderaan rasmi itu kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Mengikut undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi “menteri besar sementara”, sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik.

Lihat Komen
ADS