Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Teh 'pinjam' logo PSM lawan DAP di Sungai Pinang

Bekas wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu akan menentang parti lamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kerusi DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang di bawah tiket Parti Sosialis Malaysia.

Malaysiakini pada 16 Mac lalu melaporkan bahawa Teh, yang adalah ADUN Tanjung Bungah, memutuskan untuk bertanding menjadi “pilihan ketiga” bagi pengundi selain BN atau Pakatan Harapan.

Katanya, keputusan bertanding di Sungai Pinang kerana terdapat banyak isu alam sekitar di kawasan itu yang perlu dibangkitkan.

"Masalah yang berlaku di Sungai Pinang sebenarnya berpunca daripada Air Putih, Air Itam dan kawasan tebus guna tanah," katanya dalam sidang akhbar hari ini di pusat operasi PSM di Sungai Pinang.

Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, Choo Chon Kai yang hadir bersama mengesahkan bahawa Teh akan bertanding di bawah tiket parti itu.

Katanya, Teh bukan ahli parti, tetapi akan "meminjam" logo PSM untuk pilihan raya akan datang.

Menurutnya lagi, ini kali pertama PSM akan bertanding di Pulau Pinang dan Teh dilihat sebagai calon yang memenuhi kriteria.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS