Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP S'wak guna 'roket', PKR, AMANAH pula logo 'mata'
Diterbitkan:  Apr 9, 2018 4:42 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Tiga anggota komponen Pakatan Harapan (ARAPAN) Sarawak akan menggunakan dua simbol yang berbeza pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pada pengumuman di ibu pejabat DAP di Kuching hari ini, Pengerusi HARAPAN Sarawak,Chong Chieng Jen berkata berkata partinya akan akan terus menggunakan simbol roket manakala sekutu mereka, PKR dan AMANAH masing-masing akan menggunakan simbol “mata biru” PKR.

Menurutnya, ini adalah keputusan bersama yang dibuat oleh parti-parti yang terlibat dengan tujuan untuk memaksimumkan peluang kemenangan di kawasan yang mereka akan bertanding kerana politik di negeri itu berbeza dengan di Semenanjung Malaysia.

"Kami yang membuat keputusan di sini, di Sarawak.

“Ini bermakna gabungan HARAPAN mempunyai autonomi sepenuhnya dalam memutuskan perkara-perkara berkaitan dasar parti di negeri ini,” katanya.

Dalam nafas yang sama, Chong juga mencabar SUPP menggunakan simbol “tiga cincin” dan bukannya logo “dacing” BN untuk PRU14.

Menurutnya, jika SUPP tidak dapat menggunakan logo sendiri tetapi perlu bergantung kepada logo "dacing", maka ini hanya menunjukkan bahawa strategi pilihan raya mereka telah ditentukan oleh "[...] Semenanjung ".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS