Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tukar tiket AirAsia pada tarikh mengundi tak kena bayar
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 1:41 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Sempena pilihan raya umum ke-14 yang akan datang, AirAsia menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan untuk tempahan yang tarikhnya jatuh pada hari mengundi (9 Mei).

Langkah itu diambil bagi memastikan pelan perjalanan penumpangnya tidak terganggu, menurut syarikat penerbangan tambang murah itu.

“Tawaran ini hanya sah kepada warganegara Malaysia sahaja, dan mestilah dibuat dalam masa sepuluh hari dari pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),” kata syarikat itu.

Syarikat itu juga menasihatkan orang ramai tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka.

Lihat Komen
ADS