Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan 10 dan 11 Mei cuti umum jika HARAPAN menang
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 3:44 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Ketika kemarahan orang ramai terhadap pemilihan tarikh 9 Mei sebagai hari mengundi masih membara salah seorang pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil 'meredakan' keadaan.

Kata Dr Dzulkefly Ahmad, disebabkan hari pembuangan undi ditetapkan pada Rabu, beliau mencadangkan HARAPAN menjanjikan sesuatu yang lebih menarik kepada rakyat Malaysia jika mereka memenangi PRU yang dianggap antara paling sengit dalam sejarah itu.

Pengarah Strategi AMANAH itu berkata cadangan sudah dibuat agar kerajaan HARAPAN  mengisytiharkan dua hari berikutnya - 10 dan 11 Mei - sebagai cuti umum.

"Ia dibuat untuk menggalakkan dan meyakinkan rakyat serta pengundi supaya pulang mengundi dan seterusnya menyambut kemenangan rakyat," katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Dzulkefly yang terlibat dalam merangka manifesto bersama HARAPAN mengakui tarikh pengundian pada Rabu akan menyukarkan ramai orang untuk mengundi.

Hari ini perhatian orang ramai tertumpu kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 9 Mei sebagai hari membuang undi.

Di sebalik keinginan SPR mahu mencatat peratusan tinggi bagi jumlah penyertaan pengundi dalam PRU kali ini, menjadikan hari bekerja sebagai tarikh membuang undi dikritik kerana ia akan banyak menyusahkan orang ramai.

Masalah lebih besar akan dihadapi pengundi yang bekerja di tempat berbeza - atau jauh - dengan pusat membuang undi.

Dzulkefly ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau sudah mencadangkan perkara itu kepada kepimpinan HARAPAN.

"Jadi sedang sedang dipertimbangkan.

“Ini saya rasa paling menarik, ramai orang mesti balik," katanya sambil ketawa.

Lihat Komen
ADS