Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan penghargaannya terhadap penjelasan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengenai kesetiaan angkatan tentera.

Beliau berkata dengan penjelasan itu, HARAPAN akan berkempen bagi mendapatkan sokongan anggota pasukan keselamatan selepas pemangku timbalan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa mereka supaya mengundi BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada panglima angkatan tentera kerana penjelasannya bahawa beliau masih setia kepada raja dan negara.

"Ada kenyataan yang dikeluarkan (berbunyi) 'Kesetiaan angkatan bersenjata tetap kepada raja dan negara, bukan parti politik'.

"Jadi sekarang kita sangat jelas. Saya juga dapati bahawa Zahid telah memberitahu tentera untuk menyokong BN.

"Jadi, kita akan berkempen di kalangan anggota tentera yang bertugas untuk menolak BN, kerana jika ia boleh berkempen di kalangan anggota yang berkhidmat, kita anggap diri kita juga layak berkempen di kalangan kakitangan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

[Berita penuh menyusul]