Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Jika AirAsia ikhlas mahu berkhidmat untuk masyarakat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, syarikat penerbangan itu sepatutnya memberikan semua rakyat Malaysia tiket percuma, kata penyandang kerusi parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad.

"Memandangkan AirAsia merupakan syarikat penerbangan tempatan yang berpusat di Malaysia, ia seharusnya menawarkan tiket penerbangan percuma untuk menggalakkan orang ramai pulang mengundi.

"Apa lagi ia cuma lima tahun sekali dan mereka boleh anggap kos yang dibelanjakan untuk tujuan ini sebagai tanggungjawab sosial," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman AirAsia untuk mengecualikan bayaran penukaran penerbangan untuk rakyat Malaysia sempena pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada 9 Mei.

AirAsia merupakan syarikat penerbangan ketiga selepas Cathay Pacific dan Malindo Airways yang menawarkan pengecualian bayaran penukaran penerbangan.

Cathay Pacific, syarikat penerbangan berpusat di Hong Kong yang pertama mengumumkan tawaran itu, dengan memberi kelonggaran kepada pemegang tiket untuk menunda penerbangan mereka sehingga dua bulan selepas hari mengundi.

Tawaran Cathay Pacific itu mendapat reaksi Nur Jazlan yang mempersoalkan sama ada syarikat penerbangan itu kini terlibat dalam hal-hal penukaran kerajaan.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa syarikat itu bersifat subversif.

Tanggungjawab terhadap rakyat

Sementara itu, pendesak perubahan sistem pilihan raya BERSIH melancarkan petisyen mennggesa syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan lain menurunkan harga.

"Mereka boleh menjalankan tanggungjawab korporat sosial mereka dengan mengurangkan harga tiket penerbangan dan mengecualikan penukaran penerbangan ketika PRU14, terutama bagi pengundi yang tinggal, kerja atau belajar di luar negara agar mereka dapat pulang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam memilih kerajaan seterusnya dan arah tuju negara.

"Tawaran seperti itu juga akan memudahkan pengundi di Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung atau pengundi Semenanjung yang bekerja di Sabah dan Sarawak, agar mereka dapat pulang mengundi.

"Tambahan pula, MAS juga merupakan syarikat berkaitan kerajaan dan didanai oleh wang awam, maka ia mempunyai tanggungjawab itu terhadap rakyat Malaysia berbanding syarikat penerbangan lain," kata BERSIH dalam kenyataan media.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS