Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH gesa jumlah besar turun mengundi
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 7:53 PM
Dikemaskini: 11:54 AM

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Mandeep Singh menyeru rakyat Malaysia agar turun beramai-ramai pada hari pengundian pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mandeep berkata bagi sebuah negara demokrasi undi adalah senjata paling ampuh bagi seorang rakyat Malaysia.

"Pihak berkuasa boleh cuba menyusahkan dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja untuk menghalang peluang lawan mereka untuk menang.

"Tetapi cara ini tidak akan boleh berjaya jika rakyat bangkit dan jumlah pemilih adalah besar.

"BERSIH tidak sesekali akan berpaling kepada misinya untuk memastikan pilihan raya bebas dan adil. Tetapi kita tidak akan duduk dan melihat demokrasi negara kita menjadi sandiwara," katanya.

Mandeep turut mengambil contoh apa yang berlaku di Sri Lanka dan Myanmar.

"Di Sri Lanka, bekas presiden Mahindra Rajapaksa meminda perlembagaan supaya dia boleh memenangi pilihan raya dan kekal sebagai presiden untuk kali ketiga.

“Dia yakin akan membuat pemilihan awal pada 2015. Tetapi apa yang berlaku pada 8 Januari 2015? Rakyat jatuhkannya. Bagaimana? Dengan keluar untuk mengundi dalam jumlah besar.

"Di Myanmar, sebelum pilihan raya 2015, perlembagaannya dipinda oleh parlimen yang dipimpin oleh junta secara khusus untuk tidak membenarkan Aung San Suu Kyi menjadi presiden.

"Tetapi rakyat Myanmar keluar secara besar-besaran untuk mengundi parti politik Suu Kyi, Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD). Sekarang dengan kem NLD mendominasi parlimen, mereka sebenarnya menjadikannya pemimpin de facto negara itu, " katanya.

Dalam erti kata lain, Mandeep berkata penipuan tidak boleh berjaya jika rakyat tidak membenarkannya.

"Jadi rakyat Malaysia mesti bertindak. Kita mesti keluar untuk mengundi. Anda boleh membuat perubahan, "katanya.

Hari ini perhatian orang ramai tertumpu kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 9 Mei sebagai hari membuang undi.

Di sebalik keinginan SPR mahu mencatat peratusan tinggi bagi jumlah penyertaan pengundi dalam PRU kali ini, menjadikan hari bekerja sebagai tarikh membuang undi dikritik kerana ia akan banyak menyusahkan orang ramai.

Masalah lebih besar akan dihadapi pengundi yang bekerja di tempat berbeza - atau jauh - dengan pusat membuang undi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS