Indeks rasuah TI: Malaysia kekal di tangga ke-39
Terjemahan Malaysia mengekalkan kedudukannya di tangga 39 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International atau CPI. Indeks tersebut adalah hasil penilaian ke atas 158 negara.
Terjemahan Malaysia mengekalkan kedudukannya di tangga 39 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International atau CPI. Indeks tersebut adalah hasil penilaian ke atas 158 negara.
Kali ini, Malaysia mendapat 5.1 daripada 10 mata meningkat sedikit berbanding 5.0 tahun lalu. Tahun lalu, indeks tersebut hanya menilai 133 negara. Pada tahun 2003, Malaysia berada di tangga ke-37 dengan 5.2 mata.
Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Param Cumaraswamy menyifatkannya sebagai satu langkah 'kecil' dan negara ini 'masih jauh' lagi dalam mencapai matlamat untuk membasmi rasuah.
"Peningkatan kecil ini tidak bermakna yang tahap rasuah sudah berkurangan dengan banyak. Kita sebenarnya masih lagi jauh dalam usaha membasmi rasuah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, kerajaan mesti berusaha meningkatkan tahap pencapaiannya, setanding dengan negara-negara maju di Scandinavia, Eropah, Amerika Utara dan Australasia.
"Komitment kerajaan mesti diterjemahkan kepada tindakan sebenar untuk merealisasikan matlamat mencapai 6.5 mata dalam tempoh lima tahun akan datang," tambahnya.
Dengan mengambilkira usaha-usaha sekarang untuk membanteras rasuah, Param berkata, kerajaan 'perlu berusaha bersungguh-sungguh' untuk mencapai matlamat mencatat mata 6.5 itu.
Iltizam politik
Param juga menyentuh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz baru-baru ini bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menggubal undang-undang mengenai kebebasan maklumat.
Ini, katanya, memberi gambaran negatif terhadap kesungguhan kerajaan berusaha membanteras rasuah.
"Tanpa iltizam politik daripada pucuk pimpinan, kita tidak akan pergi jauh," tambahnya.
Menurutnya, isu-isu lain yang bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk membasmi rasuah ialah mengenai cara wang rakyat diuruskan sepertimana yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang tidak kelihatan telus dan saksama.
Param berkata, kegagalan untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebuah badan bebas dan kelewatan melaksanakan perakuan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Polis, juga menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.
Beliau mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan sebuah pejabat ombudsman bebas di bawah perlembagaan negara.
"Pejabat ini memantau semua kakitangan kerajaan manakala kakitangan kanan, termasuk menteri dan ahli Parlimen pula wajib mengisytiharkan harta mereka, termasuk harta yang dimiliki anggota keluarga masing-masing," katanya.
Langkah tegas
Param juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi supaya mengambil langkah-langkah tegas dalam memerangi rasuah walaupun 'ia tidak disenangi sesetengah pihak'.
"Kita perlu mengenakan tekanan dari atas untuk membersihkan semua sektor. Pendakwaan dan penguatkuasaan adalah amat penting sekali," katanya.
Mengenai indeks tersebut, laporan TI itu menyebut, lebih dua pertiga daripada negara-negara yang dinilai, mendapatkan kurang daripada 5 mata.
"Ini menunjukkan tahap rasuah yang serius dalam majoriti negara terbabit," kata laporan itu.
Di tangga tertinggi ialah ialah Iceland dengan 9.7 mata, diikuti oleh Finland (9.6), New Zealand (9.6), Denmark (9.5) dan Singapura(9.4).
Manakala di tangga terendah pula ialah Chad (1.7), Bangladesh (1.7), Turkmenistan (1.8), Burma (1.8) and Haiti (1.8).
Laporan itu juga menegaskan mengenai beban berganda kemiskinan dan rasuah yang berlaku di negara-negara yang kurang maju./ Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.