Kapal layar mewah, Equanimity, telah memasuki perairan wilayah Malaysia pada bulan November tahun lepas.

Pada masa itu, kapal layar tersebut belayar melalui Selat Melaka semasa dalam perjalanan dari Phuket ke Indonesia, sebelum akhirnya ditahan di Benoa Bay, Bali, pada 28 Feb.

Ini mengikut pemfailan mahkamah di Mahkamah Daerah California Central pada 9 April oleh pemilik dan operator berdaftar kapal itu, yang berusaha menolak percubaan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) untuk mendapatkan hak penjagaan Equanimity.

Pemfailan terbaru termasuk pengisytiharan oleh pengarah urusan Wilson Yacht Management Group, Allan Wilson, yang mengemukakan kepada mahkamah dengan log lokasi kapal layar itu, seperti yang dilaporkan oleh sistem pengenalan otomatis (AIS) sejak 3 Jun 2017.

Wilson Yacht Management adalah syarikat yang menguruskan Equanimity bagi pihak pemilik berdaftarnya Equanimity (Cayman) Ltd.

DOJ mendakwa bahawa kapal itu dimiliki secara benefisial oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho.

Malaysiakini telah melihat dokumen dan menganalisis sebahagian daripada data AIS yang berkaitan dengan pelayarannya dari Phuket ke Bali.

Ini dilakukan dengan membandingkan data itu kepada satu perjanjian pada 1970 antara Malaysia dan Indonesia yang memisahkan laut wilayah kedua-dua negara di bahagian paling sempit Selat Melaka.

Analisis ini ditambah dengan maklumat mengenai sempadan maritim yang disediakan oleh Flanders Marine Institute, (http://marineregions.org/) yang melarik peta digital berdasarkan perjanjian dan dokumen undang-undang lain yang dikumpulnya.

[Baca berita penuh]