Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14: Majikan wajib luluskan semua cuti, kata MEF

PRU14 l Majikan wajib meluluskan semua permohonan cuti untuk membolehkan pekerja mengundi pada 9 Mei, yang jatuh pada hari Rabu - hari kerja, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutif, MEF Shamsuddin Bardan memberitahu Malaysiakini bahawa kebenaran itu membabitkan kedua-dua permohonan cuti berbayar atau tanpa gaji.

"Jika alasannya untuk mengundi, majikan tidak boleh menolak permohonan itu.

"Sebaik sahaja pekerja mengatakan cuti itu adalah untuk mengundi, maka majikan tidak mempunyai pilihan tetapi meluluskan permohonan," katanya ketika dihubungi.

Shamsuddin bagaimanapun berkata jumlah hari cuti berkenaan seharusnya "munasabah" dan bersetuju dengan cadangan bahawa tiga hari adalah mencukupi untuk membolehkan perjalanan ke Sabah dan Sarawak, serta ke Kelantan.

Beliau juga berkata, bahawa majikan juga boleh mempermudahkan proses itu dengan menjadualkan semula pekerja mereka pada hari tertentu tanpa sebarang kehilangan produktiviti.

Shamsuddin berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa hari pengundian untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan jatuh pada hari Rabu, 9 Mei ini yang merupakan hari bekerja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS