Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PKR belum memutuskan sama ada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman akan mempertahankan kerusi itu selepas menyertai PKR kelmarin.

“Ya, dia anggota PKR tapi (untuk pertahan kerusi) itu belum diputuskan,” kata menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada Ahad lalu, Malaysiakini melaporkan, Khairuddin mengumumkan meninggalkan PAS untuk masuk PKR dalam ceramah di Sungai Buloh.

Khairuddin, bekas setiausaha PAS Selangor itu, disebut-sebut akan mempertahankan kerusi Paya Jaras untuk parti barunya.



Sementara itu, diasak pemberita berkaitan pencalonan Khairuddin, Azmin tetap tidak memberikan jawapan pasti.

Terdahulu Azmin hadir merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam, hari ini.

'Hari ini saya naik kereta sendiri'

Sementara itu mengulas kenyataan Umno Selangor yang mendakwanya membuat gimik dengan mengambil Grab untuk pulang ke rumah, Azmin berkata hari ini beliau memilih menaiki kenderaan sendiri.

“Tak apalah, hari itu saya tak ada kereta tapi hari ini saya naik kereta sendiri,” katanya sebelum berlalu meninggalkan media.

Azmin dan exco yang lain pada 9 April menyerahkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran DUN Selangor.

Selepas menyerahkan kunci kereta secara rasmi, Azmin didakwa memesan Grab, khidmat perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi, untuk pulang ke rumah.

Lihat Komen
ADS