Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar semua menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memulangkan kenderaan rasmi mereka kepada ketua setiausaha negara.

Semalam, Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP, memulangkan kereta rasminya dan hari ini menggunakan kenderaan peribadinya ke Komtar hari ini.

"Walaupun kami kini adalah kerajaan negeri sementara, kami ikut konvensyen dan akan meneruskan kerja-kerja rutin dan pentadbiran kami," kata Lim kepada pemberita di bangunan sekretariat negeri, Komtar di George Town.

"Kuasa kini dipulangkan kepada rakyat, kami harap negeri-negeri lain juga akan mengikuti contoh Pulau Pinang dan Selangor dalam memulangkan aset rasmi mereka kepada sekretariat negeri masing-masing.

"Bagi kerajaan persekutuan, kami gesa PM sementara dan menteri kabinetnya untuk bukan sahaja mengembalikan kereta rasmi mereka tetapi juga jet dan helikopter," kata Lim.

Disoal bagaimana ahli exco kerajaan negeri mahu ke pejabat mulai sekarang, Lim berkata, "Kami akan naik bas percuma Rapid Penang".

Lim, yang juga anggota parlimen Bagan, berkata demikian pada sidang akhbar di Komtar hari ini untuk mengembalikan 12 kereta rasmi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus.

[Baca berita penuh]