Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HARAPAN janji cuti 2 hari jika menang Perak
Diterbitkan:  Apr 11, 2018 4:20 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

PRU14 | Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak berjanji akan mengisytiharkan 10 dan 11 Mei - dua hari selepas hari mengundi - sebagai cuti umum jika menang di negeri itu pada PRU kali ini.

Pengerusi HARAPAN Perak Faizal Azumum berkata ia telah dipersetujui semui parti komponen di negeri itu.

"HARAPAN Perak menggesa semua untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dengan turun mengundi pada 9 Mei ini," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh itu yang jatuh pada hari Rabu sebagai hari mengundi.

Pengarah Strategi AMANAH Dr Drzulkefly Ahmad mencadangkan cuti umum seluruh negara pada hari yang sama jika HARAPAN berjaya membentuk kerajaan.

Pada hari mengundi pula, setakat ini lebih 100,000 telah menandatangani petisyen atas talian bagi memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Pejabat Perdana Menteri mengisytiharkan hari itu sebagai cuti umum.

Lihat Komen
ADS