Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salahuddin Ayub sekali lagi cuba nasib di Pulai
Diterbitkan:  Apr 11, 2018 6:59 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Parti Amanah Negara (PAN) rasmi hari ini mengumumkan 13 nama calon yang akan bertanding di Johor merangkumi dua kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14).

Pengerusi Amanah Negeri Aminolhuda Hassan berkata daripada 13 kerusi berkenaan terdapat dua calon wanita yang bakal bertanding.

Kedua calon itu ialah Ketua Wanita Muda Amanah Nasionalis Anis Afida Mohd Azli untuk kerusi Parlimen Parit Sulong dan Ketua Wanita PAN Johor Norhayati Bachok bagi kerusi DUN Maharani.

“Satu lagi kerusi Parlimen iaitu Parlimen Pulai mempertaruhkan Timbalan Presiden Amanah Negara Salahuddin Ayub yang turut bertanding untuk DUN Simpang Jeram," kata beliau kepada pemberita di Batu Pahat hari ini.

Sementara itu, beliau akan mempertahankan kerusi DUN Parit Yaani manakala Setiausaha Amanah Johor Ir Khairuddin A Rahim akan bertanding DUN Senggarang.

Turut dicalonkan adalah Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad bagi kerusi DUN Kota Iskandar manakala Naib Pengerusi Amanah Johor Dr Sulaiman Mohd Nor di kerusi DUN Kemelah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS