Malaysia pilihan nombor satu pelancong Arab
Malaysia kini menjadi distinasi nombor satu bagi pelancong Arab setelah kedatangan mereka ke negara-negara Barat tidak dialu-alukan.
Berikutan itu jumlah pelancong Arab yang melawat Malaysia tahun ini dijangka meningkat kepada kira-kira 200,000 orang, meningkat 40 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Victor Wee berkata, pemeriksaan di sebuah agensi pelancongan yang berpengkalan di Dubai menunjukkan Malaysia menjadi pilihan nombor satu para pelancong dari Timur Tengah sekarang.
Katanya, London, Paris atau Milan bukan lagi pilihan utama mereka.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, Malaysia meletakkan harapan kepada statusnya sebagai sebuah negara Islam yang sederhana dan moden, untuk terus kekal menjadikan destinasi pilihan utama para pelancong dari negara-negara Islam.
"Sebagai sebuah negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam, kita sedang berusaha menggunakan kelebihan ini untuk menarik ramai pengunjung dari negara-negara Islam untuk datang ke sini," katanya.
Beliau berkata banyak negara sedang berusaha menampilkan diri sebagai sebuah negara yang 'mesra Islam' dengan menawarkan pelbagai insentif untuk menarik pelancong berkenaan.
Menurutnya antara negara-negara yang menawarkan layanan khas untuk pelancong Islam ialah Thailand, dan yang terbaru, Australia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kuala Lumpur Asia Fashion Week 2005 (KLAFW) di ibunegara bagi pihak Menteri Pelancongan, Datuk Dr Leo Michael Toyad.