Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aceh bakal henti hukuman sebat terbuka
Diterbitkan:  Apr 12, 2018 7:14 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

GLOBAL | Aceh akan menghentikan amalan hukuman sebat secara terbuka mahupun membenarkan pelaksanaannya dirakamkan, menurut laporan Reuters hari ini.

Gabenor Aceh Irwandi Yusuf akan mengeluarkan arahan tentang perkara itu, tetapi tidak jelas bila ia akan dikuatkuasakan.

"Pesalah dihukum sekali, tetapi jika ia dirakam dan dimuat naik di Youtube, dia dihukum seumur hidup oleh imej itu," kata Irwandi seperti dipetik.

Aceh menjatuhkan hukuman sebat secara terbuka bagi sejumlah kesalahan, antaranya mencuri, berjudi dan seks di luar nikah.

Pengumuman ini setahun selepas Aceh menerima kecaman antarabangsa apabila dua lelaki yang didapati bersalah atas hubungan sejenis disebat secara terbuka dan hukuman disiarkan secara langsung di internet.

"Bayangkan jika kanak-kanak menyaksikan hukuman itu dan ada yang bertepuk tangan...Adakah ini maknanya undang-undang Islam?" soal Irwandi lagi.

Langkah itu tidak dipersetujui sejumlah anggota Majlis Perundangan Aceh yang mendakwa ia dibuat tanpa rundingan dengan mereka.

Hukuman sebat secara terbuka mula diperkenalkan di sana pada 2005.

Lihat Komen
ADS