Pemimpin Umno Datuk Ahmad Maslan berkata jumlah berita palsu diterimnya melalui WhatsApp berkurangan selepas undang-undang antiberita tidak benar diluluskan parlimen.

Bagaimanapun mengejutkan apabila beliau juga mendedahkan menyertai 992 kumpulan WhatsApp.

“Saya biasa dapat banyak berita palsu, yang dimajukan pada saya dari seorang ke seorang.

“Orang ramai edarkannya kepada kawan-kawan dan ahli keluarga,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Star.

Akta baru itu telah diwartakan semalam dan berkuat-kuasa serta merta, menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei depan.