Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berkata beliau “OK” dengan mana-mana calon yang akan dipilih bertanding di kerusi parlimen itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih tidak tahu menahu berkaitan ura-ura Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bakal bertanding di situ.

“Saya pun dengar bila kamu semua beritahu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya pandangannya terhadap peluang Shahrizat, beliau hanya berkata “Saya OK dengan mana-mana calon”.

Rizalman yang dikatakan telah berkhidmat di kawasannya sejak 2004 sebelum ini dikatakan akan bertanding kerusi itu.

Bagaimanapun, nasibnya dilihat berubah selepas ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis dan disahkan positif dadah pada awalnya.

Polis bagaimanapun kemudiuan mengesahkan keputusan ujian air kencingnya adalah negatif dadah.

Bandar Tun Razak secara tradisinya milik MCA.

Bagaimanapun parti itu kalah kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2008 yang ketika itu bersama PKR.

Lihat Komen
ADS