Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hannah Yeoh selar Ku Nan mengenai 'mubaligh DAP'
Diterbitkan:  Apr 14, 2018 9:48 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Pemimpin DAP Hannah Yeoh menyelar Menteri Wilayah Persekutuan sementara Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana mendakwa DAP sebuah parti chauvinis dan kebanyakan anggotanya terdiri daripada mubaligh Kristian.

Sebagai seorang menteri sementara, Yeoh berkata, Tengku Adnan "berbohong mengenai DAP dan Kristian".

"Kenyataan Tengku Adnan telah menyinggung DAP dan masyarakat Kristian.

"Sebagai menteri persekutuan, dia harus menjaga mulutnya dan tidak cuai dengan kata-kata. Kami menanti permintaan maaf daripada beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Tengku Adnan membuat dakwaan berkenaan di hadapan kakitangan kerajaan ketika majlis pecah tanah dua buah surau di Putrajaya hari ini.

"Kalau dia Katolik saya masih percaya lagi, (tapi) bila dia evangelist, new christian, ini masalah," katanya.


Baca: Jaga-jaga mubaligh Kristian DAP


Bercakap kepada Malaysiakini, Yeoh berkata beliau tidak pasti kepada siapa Tengku Adnan mahu menyinggung perasaan mereka.

"(Dia) membahagikan penganut Katolik dan evangelist. Macam mana sekalipun cara anda membacanya, ia menyakitkan hati. Dan kenapa suapkan kakitangan awam dengan pembohongan," tambahnya.

Selain menimbulkan permusuhan antara penganut Katolik dan evangelist, Yeoh berkata kenyataan Tengku Adnan akan turut menimbulkan permusuhan antara orang Kristian dan agama lain.

"Sangat tidak bertanggungjawab bagi seorang menteri persekutuan. Tetapi sekali lagi, mereka bertahan dengan pembohongan," katanya.

Ini bukan kali pertama DAP dituduh sebagai parti mubaligh Kristian.

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi tahun lalu berkata undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) bermaksud undi bagi DAP yang didakwanya dibayangi agenda mubaligh Kristian.

Lihat Komen
ADS