Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sekolah jadi pusat undi boleh ambil cuti ganti sehari sebelum
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 6:38 AM
Dikemaskini: Apr 16, 2018 3:07 AM

Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini dibenarkan mengambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata perkara itu dibenarkan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 1995: Persediaan Bagi PRU, yang membolehkan pengetua atau guru besar memohon cuti berganti melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing.

"Bagaimanapun ia hanya terhad kepada sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian manakala cuti berganti hanya boleh diambil sehari sebelum hari pengundian, bukannya selepas hari pengundian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 'Sokongan Komuniti Untuk Sekolah' di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang semalam.

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang meminta kementerian membenarkan sekolah mengambil cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.

Sehubungan itu, Mahdzir meminta pengetua dan guru besar agar membuat permohonan secepat mungkin sekiranya ingin mendapatkan cuti berganti tersebut.

Sebanyak 6,971 sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS