Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mukhriz: Pencalonan Dr M di Langkawi petanda baik

PRU14 l Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pencalonan bapanya di Langkawi adalah satu petanda baik, bukan sahaja kepada Kedah tetapi seluruh negara.

Mukhriz berkata ini berlaku sebelum ini ketika Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar pada tahun 1964 dan menang, dan impaknya dirasai bukan sahaja di Kedah tetapi juga di Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak.

Kedudukan Dr Mahathir kemudian meningkat dalam parti untuk menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dan pentadbir negara sehingga tahun 2003, apabila beliau melepaskan jawatan itu.

Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun itu kini berdepan dengan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak, dan mahu menjatuhkan kepimpinannya dalam pilihan raya umum pada 9 Mei yang akan datang.

"Saya harap perkara yang sama akan berlaku kali ini," kata Mukhriz selepas ceramah yang menampilkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi di Padang Masirat.

Katanya, mereka bernasib baik kerana tiada hujan.

"Sebaik sahaja beliau selesai berucap, hujan turut lebat. Jadi itu adalah satu petanda yang baik," kata bekas menteri besar Kedah itu.

Mukhriz turut ditanya sama ada beliau akan dilantik menteri besar sekali lagi sekiranya HARAPAN menang di Kedah

Mukhriz disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar Kedah pada 2005 selepas mengkritik Najib berkaitan skandal 1MDB.

Mukhriz berkata HARAPAN mesti memenangi negeri itu terlebih dahulu dan hanya kemudian memutuskan siapa yang paling sesuai untuk memegang jawatan itu.

Mukhriz berkata dia telah berjanji kepada Kedah, bahawa walaupun beliau bertanding di kerusi parlimen, dia akan turut terlibat dalam pentadbiran negeri itu.

"Jadi selepas berbincang dengan Pengerusi HARAPAN dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diputuskan saya bertanding di dua kerusi," kata Muhkriz.

Ditanya mengapa beliau tidak mempertahankan kerusi DUN Ayer Hitam, Mukhriz berkata: "Saya suka bergerak ke kerusi-kerusi di mana kita belum menang lagi".

Sebagai contoh, beliau adalah Ahli Parlimen Jerlun pada tahun 2008, tetapi dia menyerahkan kerusi itu pergi ke Othman Aziz pada tahun 2013 "secara percuma" dan dia memenanginya untuk Umno pada masa itu.

"Kali ini pun begitu juga. Saya tidak mempertahankan kerusi Ayer hitam, DUN saya, yang telah saya menang sebelum ini, dan saya pergi untuk menawan satu lagi kerusi DUN iaitu di Jitra dan balik ke Parlimen Jerlun yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya lepas," kata Mukhriz.

"Kedua dua kerusi ini sebenarnya bukan mudah, Saya melihatnya sebagai tanggungjawab saya sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kedah untuk menyumbang kedua-dua kerusi itu kepada HARAPAN," tambahnya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS