Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Supermax antara kaunter untung pagi ini
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 1:08 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Supermax, yang menjadi berita utama sejak beberapa hari lalu, naik pada awal perdagangan hari ini, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, Supermax, Digi dan Air Asia adalah antara kaunter yang mencatatakan keuntungan tertinggi.

"Supermax melonjak 13 sen kepada RM2.73, paling banyak dalam beberapa tahun, berdasarkan tinjauan lebih positif," kata laporan itu.

Pagi ini, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat berkenaan.

Beliau berkata ini selepas pengarah urusan syarikat itu Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) 2013.

Thai berdepan hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan bersalah kerana berkongsi maklumat dalaman berkaitan saham sebuah syarikat pada 2014 dan sedang dalam proses membuat rayuan.

Selepas keputusan PRU13, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual kepentingannya dalam Supermax.

"Susulan permohonan maaf oleh Stanley Thai kepada perdana menteri atas apa jua yang dia lakukan pada PRU13, saya meletakkan jawatan sebagai pengarah pengarah dan pengerusi Supermax Corporation, berkuatkuasa 14 April.

"Meskipun dia berhak buat apa saja yang dia rasa perlu, saya tidak berkongsi sentimen sama," kata Rafidah kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Star Online melaporkan saham a AirAsia menokok 10 sen kepada RM4.03 selepas meneruskan perdagangan di bawah syarikat induk baru berikutan penyusunan semula.

Digi pula naik 11 sen kepada RM4.59.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS