Peneroka Gatco tewas rayuan terakhir
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa peneroka Kampung Gatco tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memulakan tuntutan saman terhadap Thamarai Holdings Sdn Bhd.
Panel hakim tiga anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Mohd Raus Sharif menolak permohonan kebenaran daripada peneroka yang mencabar keputusan mahkamah rayuansebelum ini.
Hakim Mohd Raus berkata mahkamah tertinggi sebelum ini telah mengarahkan kes itu diserahkan semula kepada mahkamah tinggi bagi hakim memutuskan sama ada ia perlu menjalani perbicaraan penuh atau perbicaraan ringkas.
"Hakim memutuskan tidak ada alasan untuk dibicarakan secara penuh.
"Mahkamah juga memerintahkan perayu tidak mempunyai kepentingan yang sewajar dan kami menolak permohonan itu," kata Hakim Mohd Raus.
Hakim lain yang bersidang dalam keputusan sebulat suara itu adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali. Mereka turut memerintahkan perayu membayar kos RM20,000.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.