Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyokong BN ancam undi pembangkang di Wangsa Maju

PRU14 | Sekumpulan penduduk bukan Melayu di kawasan Parlimen Wangsa Maju mengancam untuk memberikan undi kepada pembangkang jika BN meletakkan calon MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya penduduk di kawasan itu menggesa Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah dicalonkan di kawasan tersebut.

“Jika letak MCA, kami undi pembangkang. Macam mana dia beri layanan pada kami, macam itu kami layan dia,” katanya wakil penduduk Jimmy Liu kepada pemberita di Flat Danau Kota, hari ini.

Pada PRU13, Mohd Shafie bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan mendapat 26,130 undi. Bagaimanapun, beliau kalah dengan PKR, Tan Kee Kwong yang mendapat 31,641 dengan majoriti 5,511 undi.

Dakwaan MCA sabotaj calon Umno

Dalam sidang media yang disertai 50 orang penduduk setempat itu mereka turut membawa plakad bertulis 'sokong sepenuhnya Datuk Shafie', 'Pengundi-pengundi memberi sokongan penuh Datuk Shafie jadi calon tetap P116 Wangsa Maju'.

Sementara itu, Jimmy mendakwa pada PRU13, calon Umno Mohd Shafie yang juga pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) kalah kerana disabotaj parti komponen BN sendiri.

"Sebelum ni (PRU13) Shafie tanding tapi kalah. Dia disabotaj komponen parti sendiri," katanya.

Ketika ditanya wartawan parti mana yang mensabotaj, Jimmy menjawab,"MCA."

Namun demikian, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas berhubung dakwaannya berhubung sabotaj terhadap Shafie yang juga Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju itu.

Katanya lagi, walaupun Shafie kalah di tangan PKR namun beliau tetap membantu semua kaum di kawasan itu sekiranya memerlukan bantuan.

“Kalau Shafie jadi calon apa sahaja masalah dia selesaikan. Walaupun kalah PRU Shafie bantu juga, tetap maintain.

“Datuk Shafie bantu Cina, semua bangsa dia bantu. saya boleh jadi saksi. pengundi sini kalau ada masalah jumpa saya, dan Datuk Shafie akan terus bantu, dia akan bantu dari dalam hati,” katanya.

Lihat Komen
ADS