Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan semua anggota parti supaya akur dengan apa jua keputusan dibuat pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata jika berlaku sebarang perubahan atau pertukaran kerusi di beberapa kawasan di negeri ini, setiap anggota parti perlu berlapang dada menerimanya.

“Sebagai anggota parti, bila pucuk pimpinan buat keputusan kita mesti akur dan pastikan parti kita menang kerana yang bertanding dalam pilihan raya adalah parti.

"Ini semua diputuskan pucuk pimpinan dan mereka mempunyai cara dan kaedah Jempol, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MIC Negeri Datuk L. Manickam.

Mohamad menegaskan bahawa pada pilihan raya umum kali ini, beliau akan terus bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Sementara itu, Medan Niaga Bahau yang menelan belanja RM3.98 juta, menempatkan 112 gerai termasuk kemudahan awam seperti tandas, petak meletak kenderaan dan kemudahan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Tempat ini dibangunkan semula bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk datang makan dan minum dengan selesa.

“Selain itu, peniaga juga mendapat tempat yang baru dan bersih untuk menjalankan perniagaan mereka,” katanya.


-Bernama

Lihat Komen
ADS