Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Napsiah Omar meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 9:36 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Pengerusi Tetap Wanita Umno, Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia pada 6.10 petang tadi akibat barah hati. Beliau berusia 74 tahun.

Semasa mengesahkan perkara itu, saudara terdekat beliau Datuk Yahya Hamid berkata allahyarham meninggal dunia di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya dekat Kuala Lumpur.

"Jenazah masih berada di Ampang Jaya dan dijangka dibawa pulang ke Kuala Pilah malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

MP Kuala Pilah tiga penggal

Napsiah pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1982, Menteri Perusahaan Awam (1987), Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990) serta Anggota Majlis Eksekutif Negeri Sembilan (1995-1999).

Beliau menyertai Umno cawangan Kuala Pilah pada 1972 sebelum menjadi Anggota Parlimen Kuala Pilah selama tiga penggal sejak 1982.

Beliau kemudian menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah selama penggal selepas menewaskan Ruslan Kassim daripada PKR dengan majoriti 2,818 undi pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

 

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS