Berita Malaysiakini

Idris Ahmad dicalon pertahan Bukit Gantang

Diterbitkan  |  Dikemaskini

PRU14 l Naib Presiden PAS Idris Ahmad diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama Idris yang juga penyandang kerusi itu dalam ceramah Gelombang Hijau Perak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Seri Iskandar di Ipoh malam tadi.

Pada PRU13, Idris memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis 986 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Ismail Saffian.

Abdul Hadi turut mengumumkan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan Datuk, Ata Abdul Munim Hasan Adli sebagai calon PAS di Bagan Datuk. Penyandang kerusi itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad bakal bertanding di Parlimen Parit, manakala Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dipilih bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

- Bernama