Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MIC yakin dapat pertahan Parlimen Segamat
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 5:53 AM
Dikemaskini: 10:50 PM

PRU14 l Peningkatan sokongan pengundi India sehingga 80 peratus terhadap Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Segamat telah meyakinkan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam untuk mengekalkan kerusi tersebut untuk penggal keempat berturut-turut.

Beliau berkata pengundi kaum India di lima zon – Jementah, Gemas Baharu, Buloh Kasap, Batu Anam dan Segamat – sebelum ini dianggap kawasan kelabu kini menjadi kawasan putih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Katanya, laporan mengikut zon mendapati sokongan yang diberikan oleh masyarakat India terhadap MIC dan BN meningkat antara 70 dan 80 peratus berbanding sebelum ini.

Parlimen Segamat mempunyai sejumlah 53,747 pengundi dengan pengundi Melayu berjumlah 24,329, Cina (23,662) dan India (5,459).

"Berdasarkan jumlah peratusan sokongan pengundi India, saya yakin MIC tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kerusi ini,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan jentera PRU14 MIC Parlimen Segamat di Dewan Taman Desa India, Batu Anam, dekat Segamat malam tadi.

Katanya, peningkatan sokongan itu membuktikan bahawa masyarakat di kawasan itu semakin percaya terhadap kepimpinan kerajaan BN.

- Bernama

Lihat Komen
ADS