Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS letak Ata Abdul Munim cabar Ahmad Zahid di Bagan Datuk
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 11:50 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

PAS mengumumkan ketua penerangan parti itu di Bagan Datuk, Ata Abdul Munim Hasan Adli sebagai calon di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang akan dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Gelombang Hijau Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), di Seri Iskandar, malam semalam.

Pada Pilihan Raya Uumum ke-13 lalu, mengalahkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Mahdi Hasan dengan majoriti 2,108 undi.

Menurut portal Harakadaily Abdul Hadi turut mengumumkan tiga pemimpin pusat PAS akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Naib presidennya, Idris Ahmad, akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, bertanding di Parlimen Parit.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, bertanding di DUN Gunung Semanggol.

Abdul Hadi pada sidang media selepas itu berkata, PAS menyasarkan untuk mengekalkan kerajaan PAS Kelantan pada PRU kali ini, selain menawan semula Terengganu dan Kedah serta menang di Perak dan Selangor.

"PAS juga perlu mempunyai kerusi di setiap negeri. Ketika ini, PAS ada wakil di semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau turut mengumumkan PAS akan bertanding di 160 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang akan diwakili PAS dan rakan dari Gagasan Sejahtera, yang akan menggunakan bendera PAS.

Sementara itu, AMANAH dalam satu kenyataan juga mengumumkan senarai calon parti itu yang bakal bertanding di Perak.

Parti serpihan PAS itu akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Mereka termasuk Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa di Parit Buntar dan Ketua Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH, Dr Mohd Hatta Ramli di Lumut.

Berikut senarai itu:

Parlimen

  • Parit Buntar - Datuk Mujahid Yusof Rawa
  • Kuala Kangsar - Dr Ahmad Termizi Ramli
  • Parit - Tarmizi Mohd Jam
  • Lumut - Dr Mohd Hatta Ramli

DUN

  • Selama - Razali Ismail
  • Titi Serong - Hasnul Zulkarnain And Munaim
  • Selinsing - Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
  • Changkat Jering - Megat Shariffudin Ibrahim
  • Kamunting - Muhd Fadhil Nuruddin
  • Manjoi - Asmuni Awi
  • Sungai Rapat - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  • Ayer Kuning - Tan Seng Toh
  • Kampong Gajah - Zaiton Latiff
  • Pasir Panjang - Yahaya Mat Nor
  • Rungkup - Hatim Musa
  • Behrang - Aminuddin Zulkipli

 

Lihat Komen
ADS