Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berapa pengecualian GST pada syarikat 'Negara Naga'?
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 12:26 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Pemimpin pembangkang menuntut kastam menjelaskan jumlah sebenar pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diberikan kepada syarikat China, China Communications Construction Company (CCCC).

Persoalan itu dibangkitkan selepas jabatan itu mengesahkan mengeluarkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang didedahkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa semalam.

Husam dalam kenyataan hari ini berkata rakyat juga mahu tahu berkaitan kemajuan bayaran dan kemajuan kesiapan projek bagi menghubungkan kawasan sejauh 600 kilometer itu.

“Kami menunggu jawapan selanjutnya,” katanya.


Baca: Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China


Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pelepasan GST diberikan kepada CCCC kerana ia membangunkan projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam dan bagi memastikan kejayaan projek yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhan.



Sementara itu, Husam hari ini mempersoalkan pelepasan kepada CCCC tetapi bukan penduduk kampung.

“Pak cik mak cik miskin di kampung-kampung 'tidak dapat pengecualian GST' untuk menanggung beban menyara anak cucu mereka.

“Sebagai rakyat tempatan, sekalipun mereka miskin, kerajaan BN tidak mengiktiraf mereka berhak mendapat pengecualian di bawah premis 'kepentingan awam'.

“Syarikat dari Negara Naga pula lebih berhak. Saya bertanya bagi pihak mereka,” kata pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu.

Kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperoleh dari pasaran bon.

ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Lihat Komen
ADS