Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi BERSATU P Pinang tanding Tasek Gelugor

PRU14 | Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pulau Pinang, Marzuki Yahya diumum sebagai calon kawasan Parlimen Tasek Gelugor, satu-satunya kerusi parlimen ditandingi parti itu, di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Marzuki, 48, di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani, lewat malam tadi.

"Saya akan bertanding di satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi BERSATU di negeri ini,” katanya.

Pada PRU14, BERSATU yang merupakan satu daripada parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), akan menurunkan calon hanya di satu kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Pada pilihan raya umum lepas, Parlimen Tasek Gelugor diwakili Barisan Nasional apabila Datuk Shabudin Yahaya menang dengan majoriti 3,042 undi menewaskan calon PAS Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Datuk Seri Mohd Sharif Omar (Bebas).

Marzuki yang dihubungi Bernama hari ini turut mengumumkan calon BERSATU yang akan bertanding di empat DUN di Pulau Pinang iaitu Yaakob Osman di DUN Penaga; Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam); Datuk Seri Mohd Sharif Omar (Permatang Berangan) dan Zolkifly Md Lazim di Teluk Bahang.

Beliau berkata pengumuman calon-calon parti itu dibuat selepas pertemuan jawatankuasa BERSATU negeri malam tadi.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS