Laporan: Ketua pemuda parti politik ditahan positif syabu
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor menahan seorang ketua pemuda sebuah parti politik yang dikatakan positif syabu
di daerah itu dalam satu operasi Sabtu lalu di daerah itu.
Sinar Online melaporkan suspek berusia 30 tahun itu ditahan
kira-kira jam 2.15 petang di rumahnya di Batang Kali.
Selepas ditahan, suspek dikatakan dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis metamfetamin (syabu).
Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, tangkapan dibuat setelah menerima aduan.
Jelas Mohd Ghazali, suspek di reman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula tarikh dia ditangkap.
"Tiada sebarang rampasan barang dan suspek tiada rekod lampau.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya dipetik sebagai berkata.

