AMANAH tanding 10 Kerusi DUN di Selangor
Diterbitkan: Apr 18, 2018 5:52 AM | Dikemas kini: Apr 18, 2018 9:58 AM
PRU14 l Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada AMANAH berkata perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat antara pimpinan Pakatan Harapan petang semalam.
Menujrutnya, pengagihan kesemua kerusi DUN bagi parti komponen Pakatan Harapan di Selangor selesai menerusi satu mesyuarat.
"Pengumuman rasmi mengenai nama calon dijangka akan dibuat 24 April nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Seksyen 7 di Shah Alam malam tadi.
Beliau berkata antara kerusi DUN yang bakal ditandingi AMANAH adalah DUN Morib, Cempaka dan Hulu Klang.
- Bernama

