HARAPAN harus sasar memenangi 120 kerusi parlimen
ULASAN l Sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen diperlukan untuk memenangi majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Justeru, Pakatan Harapan (HARAPAN) harus menetapkan sasaran untuk memenangi 120 kerusi parlimen untuk membuktikan bahawa majoriti rakyat negaraini tidak menyokong BN, kleptokrasi dan rasuah.
Apakah sasaran ini dapat dicapai?
Ya, saya fikir boleh. Terutama jika berlaku tsunami Malaysia yang akan menyapu seluruh negara membawa bersama masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain untuk tidak lagi mengundi BN dan menyokong HARAPAN membentuk kerajaan persekutuan akan datang.
Untuk mencapai matlamat ini, HARAPAN mesti mempertahankan semua 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Di samping itu, HARAPAN mesti memenangi 31 lagi daripada 56 kerusi parlimen BN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan sasaran 120 kerusi.
Ini termasuk empat kerusi utama BN yang tidak dianggap sebagai kerusi marginal dalam PRU13 tetapi akan dipertandingkan oleh ‘calon kuat’ HARAPAN seperti di Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Semporna (Datuk Seri Shafie Apdal – Parti Warisan Sabah) and Ayer Hitam (Liew Chin Tong).

Ini bermakna HARAPAN mesti memenangi 55 peratus kerusi parlimen BN marginal (disenaraikan di bawah).

HARAPAN seharusnya mensasarkan untuk memenangi 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia dan 20 lagi kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.
Ini termasuk kerusi parlimen yang dimenangi oleh WARISAN di Sabah.
Lim Kit Siang ialah penyandang anggota parlimen Gelang Patah dan pemimpin veteran DAP
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

