Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Risda usaha yakinkan k'jaan benar pekebun kecil tanam ketum untuk perubatan
Diterbitkan:  Apr 19, 2018 4:22 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan meneruskan lagi usaha bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pekebun-pekebun kecil di negara ini menjalankan usaha penanaman ketum.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini berkata penanaman ketum ini boleh meningkatkan lagi pendapatan pekebun-pekebun kecil ekoran nilai perubatannya yang tinggi yang diiktiraf pakar-pakar luar dari India dan Amerika Syarikat.

“Kita sudah mengemukakan permohonan kepada Pusat Racun Negara. Mereka akan proses (permohonan ini) dan Insya-Allah mereka akan dapat meluluskannya,” katanya selepas program penyampaian sumbangan kepada pekebun-pekebun kecil dan pemandu teksi Langkawi hari ini.

Di bawah permohonan ini, beliau berkata pekebun kecil yang terlibat perlu dilesenkan sebelum boleh menjalankan penanaman ketum ini dan pengawalan akan diterajui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi membendung sebarang penyalahgunaan hasil tanaman itu

“Agenda kita (Risda) adalah untuk menuai daun dan dijual untuk penyelidikan perubatan, bukannya untuk dijadikan air ketum atau penyalahgunaan lain. Jangan salah faham,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS