Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang bapa tiri berusia 39 tahun ditahan berhubung kes rogol melibatkan pelajar Tingkatan Lima tujuh tahun lepas.

Polis menahan pemandu lori itu di sebuah gudang di sini pada 3.15 petang hari Selasa selepas menerima laporan dari hospital pada 12.15 tengah hari pada hari yang sama.

Ketua Polis Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa dicabul oleh bapa tirinya sejak dia berusia sembilan tahun.

“Mangsa menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ibunya kerana takut dan kasihankan ibunya memandangkan bapa tirinya adalah pencari nafkah tunggal bagi keluarga,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Farid berkata perkara itu terbongkar selepas dia menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital selepas mengadu pening, sakit perut, muntah dan doktor kemudian mengesahkan bahawa dia hamil lima minggu.

Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Rabu.


-Bernama

Lihat Komen
ADS