Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA Bandar Tun Razak gesa pimpinan pertahan kerusi, maruah MCA

PRU14 | MCA bahagian Bandar Tun Razak menggesar pimpinan tertinggi MCA tampil mempertahankan kerusi parlimen itu.

Gesaan itu dikeluarkan  Naib Ketua MCA Bandar Tun Razak Ng Choon Hua dalam sidang media malam ini.

Terdahulu, ketiga-tiga sayap MCA bahagian Bandar Tun Razak, Pemuda MCA dan Wanita MCA mengadakan mesyuarat tergempar.

Mesyuarat itu memutuskan untuk memberi sokongan penuh kepada ketua bahagiannya Chew Yin Keen untuk bertanding di parlimen Bandar Tun Razak sebagai wakil BN.

"Kami menggesa Presiden MCA Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Wee Ka Siong dan Ketua MCA Wilayah Persekutuan Yew Teong Look untuk tampil mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak dan maruah MCA," kata Ng.

Kira-kira 200 hadir dan melaungkan slogan menyokong Chew.

Mengulas lanjut, Ng berkata MCA Bandar Tun Razak juga keliru dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata "Umno akan ambil satu, beri satu pada MCA" berhubung isu kerusi Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

"Kita sudah menghubungi Liow Tiong Lai dan Yew Teong Look tapi kita tidak dapat jawapan yang jelas.

"Parlimen Wangsa Maju asalnya adalah parlimen MCA jadi sudah seharusnya Umno memulangkannya semula kepada MCA selepas mereka kalah dalam PRU lalu. Bandar Tun Razak sejak dulu memang parlimen MCA dan tidak seharusnya dipersoalkan atau dijadikan syarat pertukaran.

"Pada saat akhir sebelum PRU, calon tidak seharunya dalam keadaan kelam kabut yang hanya menambah kekeliruan dan menjejaskan peluang BN untuk menang," kata Ng.

Ditanya jika calon Umno akan bertanding di kerusi itu, Ng berkata MCA Bandar Tun Razak akan tetap membantu calon Umno demi BN.

"Kita akan bantu calon BN bagi memastikan BN menang kerusi itu," katanya.

Ng juga menjelaskan Liow Tiong Lai sudah menghubunginya dan memintanya untuk bersabar.

Lihat Komen
ADS