Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Selangor sindir 'lakonan' Azmin naik Grab
Diterbitkan:  Apr 19, 2018 10:32 PM
Dikemaskini: 4:50 PM

PRU14 | Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi malam ini menyindir menteri besar sementara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan menyifatkan tindakannya menaiki Grab selepas memulangkan kereta rasmi kepada kerajaan negeri sebagai 'lakonan'.

Sallehin turut mendakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) menyalah guna aset kerajaan negeri.

Sindiran dan dakwaan itu susulan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahya yang dikatakan menghalang parti politik menggunakan kemudahan milik majlis daerah dalam tempoh kempen pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Tempoh rasmi berkempen untuk PRU ke-14 bermula pada 28 April.

Sallehin berkata arahan yang dikeluarkan, namun menurutnya ada parti lain yang tidak patuh kepada arahan itu.

"Namun sayangnya ada parti juga yang boleh jadi untuk menunjuk integriti dengan memulangkan kereta, balik naik Grab, hari ini menggunakan harta milik PBT

"Kita tengok lakonan mereka malam ini dan terus fokus dengan maksud dan niat kita," kata Sallehin dalam ucapannya di majlis pengumuman calon PAS bagi PRU14.

Minggu lalu, Azmin dilaporkan menggunakan khidmat GRAB selepas menyerahkan kereta rasminya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor awal hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa HARAPAN menggunakan stadium Selangor yang dimiliki kerajaan negeri untuk program ceramah dan dalam masa sama menghalang pihak lain melakukan hal serupa.

Lihat Komen
ADS