Penyokong bukan muslim PAS bertanding 7 kerusi parlimen
PRU14 | Dewan himpunan penyokong PAS (DHPP) gembira apabila PAS menawarkan ahlinya dari kalangan bukan muslim bertanding di tujuh kerusi parlimen.
Pengerusinya Asokan berkata kelab itu telah mencipta sejarah baru dalam sokongan terhadap PAS.
"Ini tidak pernah terjadi di Pulau Pinang sebelum ini tapi kita hari ini kita bangga menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini. Kami ingin menyatakan sokongan penuh kepada semua calon PAS dan berdiri teguh bersama parti dalam apa jua keadaan," katanya.
"Di mana ada pas di situ ada DHPP," katanya yang mendapat sorakan kira-kira 800 hadiri yang berkumpul di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi.
"Sebagai orang India, kami tidak rasa terasing oleh PAS namun MIC terpinggir dalam Umno," katanya yang menjelaskan dia menolak tawaran bertanding dalam PRU kali ini kerana komitmen keluarga.
Asokan juga menggesa semua penyokong bukan muslim PAS terus berjuang bersama PAS sehingga ke Putrajaya.
Dia berkata demikian di hadapan 800 penyokong yang hadir majlis pengumuman calon pilihan raya PAS bagi negeri Pulau Pinang.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusof.
Fauzi dalam ucapannya mengumumkan PAS akan bertanding enam kerusi parlimen dan 18 kerusi DUN dan berkata calon bagi bukan muslim akan dimumkan kemudian.

