Kapal perang Australia dicabar oleh tentera China di Laut China Selatan - yang terbabit dalam tuntutan bertindih - awal bulan ini, lapor Australian Broadcasting Corp (ABC) pada hari Jumaat, yang memetik pegawai pertahanan Australia.

Jabatan Pertahanan Australia mengesahkan bahawa tiga kapal perang belayar ke Ho Chi Minh City di Vietnam baru-baru ini tetapi enggan mengulas mengenai "butiran operasi yang berkaitan kapal-kapal itu di Laut China Selatan".

ABC memetik salah seorang pegawai sebagai berkata yang mengatakan interaksi dengan tentera laut China itu adalah sopan tetapi "tegas".

"Angkatan Pertahanan Australia telah mengekalkan program penglibatan antarabangsa yang tegas dengan negara di dalam dan di sekitar Laut China Selatan selama beberapa dekad," kata Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan yang diemel kepada Reuters.

China baru-baru ini menjalankan latihan ketenteraan besar-besaran di Laut China Selatan, di mana tuntutannya di laut itu dipertikaikan oleh Vietnam serta Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull, yang berada di London untuk menghadiri mesyuarat Ketua Negara Komanwel, juga enggan mengesahkan interaksi antara kapal perang Australia dan tentera China, media Fairfax melaporkan.

"Seperti yang telah mereka lakukan selama beberapa dekad, kapal dan kapal terbang Australia akan terus melaksanakan hak-hak di bawah undang-undang antarabangsa untuk kebebasan navigasi dan penerbangan lintas, termasuk di Laut China Selatan," kata Jabatan Pertahanan.

Pembinaan pulau-pulau dan kemudahan ketenteraan China di Laut China Selatan, telah mencetuskan kebimbangan Beijing sedang berusaha untuk menyekat pergerakan bebas dan memperluaskan jangkauan strategiknya.

Amerika Syarikat telah menjalankan "kebebasan rondaan navigasi" melalui Laut China Selatan, dan menimbulkan ketegangan dengan China yang mengatakan ia akan melindungi kedaulatannya.

Kapal angkatan laut Australia Anzac, Toowoomba dan Success kini dalam tugasan selama tiga bulan di Asia Tenggara, yang melibatkan latihan dengan beberapa negara di rantau ini, kata Jabatan Pertahanan dalam kenyataan berasingan pada 17 April.

The Toowoomba belayar ke Vietnam dari Malaysia, manakala dua lagi kapal perang Australia melintasi Laut China Selatan dari Subic Bay di Filipina.

[Baca berita penuh]