Ketua pegawai eksekutif Arul Kanda Kandasamy melancarkan laman web sendiri untuk mengetengahkan penjelasannya berkaitan isu 1MDB.

Beralamat di www.arulkanda.com, ia memaparkan berita dan video berkaitan penjelasan Arul di samping banyak gambar-gambar besar ahli korporat itu.

Laman web itu turut menyiarkan semula wawancara Arul dengan Malaysian Digest berkaitan pelancaran laman itu semalam.

Arul dilaporkan berkata idea itu diutarakan penonton ketika beliau membuat siri jelajah menjelaskan isu berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

“Objektif saya supaya laman ini menjadi wadah maklumat berkaitan isu-isu penting berkaitan 1MDB dan menjelaskan kepada sesiapa yang mahu tahu fakta-fakta berkaitan 1MDB,” beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita asal]