Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Pengumpul dana berpengaruh lobi sesi golf Najib-Trump
Diterbitkan:  Apr 20, 2018 5:13 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

The New York Times (NYT) melaporkan bahawa pengumpul dana berpengaruh parti Republican AS dikatakan melobi Rumah Putih agar Presiden Donald Trump meluangkan masa bermain golf dengan Datuk Seri Najib Razak ketika perdana menteri Malaysia itu melawat Washington tahun lalu.

Akhbar berkenaan berkata Elliot Broidy merupakan timbalan pengerusi kewangan Jawatankuasa Republican Kebangsaan sebelum meletakkan jawatan minggu lalu dikatakan menolong Najib untuk mendapatkan kontrak bagi syarikat pertahanan swastanya.

Laporan itu juga mendakwa Broidy sendiri berjumpa Trump pada Jun tahun lalu dan memujuk presiden AS itu untuk bermain golf dengan Najib.

Akhbar itu memetik emel bertarikh 31 Ogos 2017 yang dialamatkan kepada ketua kakitangan Rumah Putih John F Kelly bahawa Broidy mendakwa Trump "dengan senang hati" akan bermain golf dengan Najib.

Broidy dalam emel itu juga mendakwa dia sudah lama bekerja di Malaysia serta rapat dengan Najib. Broidy dikatakan bertanya kenapa tarikh sesi golf itu tidak ada dalam jadual lawatan Najib.

"Malangnya, sesi golf itu tidak ada dalam jadual yang disediakan melalui protokol kepada perdana menteri itu. Saya ingin membincangkan perkara ini dengan anda," kata Broidy kepada Kelly, menurut laporan itu.

NYT juga melaporkan, Reince Priebus yang menjawat jawatan Broidy sebelumnya telah mengesahkan perkara tarikh sesi golf itu kepada Broidy. Laporan NYT memetik "individu yang rapat dengan Broidy" berkata Kelly tidak membalas pertanyaan Broidy.

Laporan itu juga memetik sumber yang tidak dinamakan berkata sesi golf berkenaan tidak pernah berlangsung dan perbincangan Broidy dengan Malaysia tidak melepasi peringkat awal.

Najib dan delegasinya mengunjungi Trump di Rumah Putih pada 12 September tahun lalu. Kunjungan itu dibuat ketika Jabatan Kedilan AS (DOJ) menyiasat skandal 1MDB selain saman sivil pelucutan harta.

Saman sivil itu dikenakan ke atas individu yang dinamakan sebagai "Malaysian Official 1" yang dispekulasikan merujuk kepada Najib. Najib bagaimanapun menafikan menafikan sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS