Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
8 muka baru, 9 digugurkan dalam senarai calon DAP Pulau Pinang
Diterbitkan:  Apr 21, 2018 12:22 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

PRU14 | DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan lapan muka baru dalam senarai calon untuk pilihan raya umum ke-14, dengan dua ahli Parlimen, dua anggota exco negeri, dan lima penyandangnya digugurkan.

Sambil menggesa mereka bersedia berdepan pilihan raya umum ke-14, Setiausaha Agung DAP, Lim guan Eng berkata mereka adalah pasukan yang juga bukan sahaja "mesti membantu kita memenangi Pulau Pinang tetapi juga Putrajaya".

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang membuat pengumuman calon itu, menyatakan bahawa penyandang kekal di 13 kerusi.

Parti itu meletakkan calon untuk tujuh kerusi parlimen dan 19 kerusi DUN dalam PRU14, lima daripadanya adalah wanita.

Pegawai khas Guan Eng, Heng Lee Lee adalah antara muka baru, bersama-sama dengan ahli majlis tempatan, Syerleena Abdul Rashid, Joseph Ng, Satees Muniandy, H'ng Mooi Lye, Ong Ah Teong, dan Daniel Gooi, pegawai khas kepada Jagdeep Singh Deo.

Mereka yang digugurkan termasuk dua ahli exco negeri, Lim Hock Seng (Bagan Jermal), yang memegang portfolio kerja raya, pengangkutan dan utiliti, serta Danny Law (Batu Lancang), yang memegang portfolio pelancongan.

Dua anggota parlimen yang digugurkan ialah Jeff Ooi (Jelutong) dan Ng Wei Aik (Tanjong) manakala A Thanasekran (Bagan Dalam) dan Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) tidak akan mempertahankan kerusi mereka setelah berkhidmat selama dua penggal.

Yang lain yang digugurkan termasuk Yap Soo Huey (Pulau Tikus), Lydia Ong (Berapit), dan Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah). Teh telah meninggalkan parti dan akan bertanding di Sungai Pinang di bawah tiket PSM.

Pemimpin DAP yang berpindah ke kerusi baru termasuk RSN Rayer, dari DUN Seri Delima ke Parlimen Jelutong; Zairil Khir Johari, dari kerusi parlimen Bukit Bendera ke kerusi DUN Tanjung Bungah; dan Soon Lip Chee, dari Jawi ke Bagan Jermal.

Senarai penuh calon adalah seperti berikut:

PARLIAMEN

Bagan - Lim Guan Eng

Bukit Mertajam - Steven Sim

Batu Kawan - P Kasthurirani

Bukit Bendera - Wong Hon Wai

Tanjong - Chow Kon Yeow

Jelutong - RSN Rayer

Bukit Gelugor - Ramkarpal Singh

KERUSI DUN

Sungai Puyu - Phee Boon Poh

Bagan Jermal - Soon Lip Chee

Bagan Dalam - Satees Muniandy

Berapit - Heng Lee Lee

Padang Lalang - Chong Eng

Perai - P Ramasamy

Jawi - H'ng Mooi Lye

Tanjung Bungah - Zairil Khir Johari

Air Putih - Lim Guan Eng

Pulau Tikus - Chris Lee Chun Kit

Padang Kota - Chow Kon Yeow

Pengkalan Kota - Daniel Gooi

Komtar - Teh Lai Heng

Dato Keramat - Jagdeep Singh Deo

Sungai Pinang - Lim Siew Khim

Batu Lanchang - Ong Ah Teong

Seri Delima - Syerleena Abdul Rashid

Air Itam - Joseph Ng

Paya Terubong - Yeoh Soon Hin

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS