Korea Utara akan hentikan ujian nuklear, lupus tapak ujian
Korea Utara akan menggantung segera ujian nuklear dan peluru berpandu dan melupuskan tapak ujian nuklearnya dan sebaliknya akan meneruskan usaha membina ekonomi dan keamanan, kata media republik itu pada hari Sabtu, menjelang sidang kemuncak dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berkata negaranya tidak lagi perlu melakukan ujian nuklear atau ujian peluru berpandu balistik antara benua kerana ia telah mencapai matlamatnya membangun senjata nuklear, kata Central News Agency Korea.
Korea Utara berkata untuk mewujudkan "persekitaran antarabangsa yang menggalakkan" untuk ekonominya, ia akan "memudahkan hubungan rapat dan aktif" dengan negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa.
Ia adalah kali pertama Kim secara langsung menyatakan pendiriannya mengenai program senjata nuklear Korea Utara menjelang sidang kemuncak yang dirancang dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae minggu depan dan dengan Presiden AS Donald Trump pada akhir bulan Mei atau awal Jun.
Ikrar untuk menghentikan pembangunan senjata nuklear, yang dimulakan oleh datuknya dan diteruskan oleh bapanya, bermakna perubahan besar bagi pemimpin generasi ketiga yang muda dan berusia 34.
Washington sebelum ini menuntut Pyongyang melupuskan sepenuhnya semua senjata nuklear dan peluru berpandunya.
Tetapi mengumumkan langkah itu sekarang, dan bukannya semasa mesyuarat sidang kemuncak itu, menunjukkan Kim serius mengenai perbincangand tentang denuklearisasi, kata pakar.
"Tapak ujuan nuklear di utara DPRK akan dilupuskan untuk memberi jaminan secara terang-terangan bahawa ujian nuklear akan dihentikan," kata KCNA selepas Kim mengadakan sidang pleno Jawatankuasa Pusat parti pemerintah, Parti Pekerja pada hari Jumaat.
Tapak di Pyunggye-ri di utara Korea Utara adalah satu-satunya tapak uji nuklear yang diketahui, di mana semua enam ujian bawah tanah dijalankan, termasuk yang terakhir dan terbesarnya pada bulan September.
"Kami akan menumpukan semua usaha untuk membina ekonomi sosialis yang kukuh dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan menggerakkan semua sumber manusia dan material negara," kata KCNA.
Trump mengalu-alukan kenyataan itu dan berkata beliau menunggu untuk menghadiri sidang kemuncak dengan Kim.
"Korea Utara telah bersetuju untuk menangguhkan semua ujian Nuklear dan menutup tapak uji utama. Ini adalah berita yang sangat baik untuk Korea Utara dan Dunia - kemajuan besar! Menunggu untuk hadir Sidang Kemuncak kami," kata Trump di Twitter. [Baca berita penuh]
- Reuters

