Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada kelab hiburan di Wilayah Persekutuan 'kebal'
Diterbitkan:  Apr 21, 2018 2:33 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Tiada kelab hiburan yang dibuka di dalam Wilayah Persekutuan ‘kebal’ daripada undang-undang, tegas Ketua Penyelaras Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Op BAH), Azman Mahmood, bagi menyangkal dakwaan bahawa kelab hiburan kebal daripada tindakan undang-undang.

“Di seluruh Wilayah Persekutuan ada kira-kira1,800 kelab yang perlu kita periksa dan kesemua kelab ini akan kita pergi.

“Salah tetap salah, tindakan tetap akan diambil. Istilah kebal memang tidak ada,” tegas beliau selepas mengetuai operasi serbuan di sebuah kelab malam terkemuka, di ibunegara hari ini.

Op BAH Siri 44 bermula pukul 1 pagi itu membabitkan 405 pegawai dan anggota daripada 28 agensi kerajaan serta 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pemeriksaan mendapati tiga orang positif dadah jenis meth.

Sepuluh orang diperintahkan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan di bawah Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

​​​Premis berkenan juga didapati gagal mempamerkan nama dan nombor pendaftaran syarikat pada resit yang dikeluarkan kepada pelanggan dan sejumlah 30 botol arak pelbagai jenama disita di bawah peruntukan Seksyen 54(1) Akta Eksais 1976.

Fokus utama Op Bah ialah penguatkuasaan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgunaan permit dan aktiviti maksiat.

Operasi yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu disertai 17 agensi kerajaan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak sebagai peneraju utama usaha tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS