Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
DAP umum 6 muka baru, Ronnie Liu buat kemunculan semula

PRU14 | DAP hari ini mengumumkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya kali ini.

Enam daripadanya muka baru, dan tidak kurang menarik adalah bekas exco dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CEC) Ronnie Liu membuat kemunculan semula selepas digugurkan pada PRU lalu.

Antara kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu termasuk Bangi dan Damansara, dahulunya dengan nama Serdang dan Petaling Jaya sebelum persempadanan semula.

Selain 15 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU ke-13, DAP kali ini akan bertanding di Dusun Tua yang dipegang PAS.

Pengumuman dibuat Setiausaha Agung Lim Guan Eng di pusat operasi pilihan raya DAP Bangi hari ini.

Dalam ucapannya, Lim berkata calon diputuskan oleh CEC parti itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyandang yang tidak dicalonkan semula, atas khidmat mereka sepanjang penggal lalu.

"Saya harap mereka akan terus berkhidmat. Parti lebih penting daripada individu, tiada (tokoh) yang lebih besar daripada parti," katanya.

'Kawasan kelabu'

DAP menganggap DUN Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu sebagai kerusi 'kelabu' iaitu sukar dimenangi.

Pada PRU lalu, DAP menang di Sungai Pelek dengan majoriti yang agak kecil iaitu 1,972 undi, dan Kuala Kubu Bharu pula dengan 1,702 undi.

Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan exco Ean Yong Hian Wah dan Datuk Teng Chang Khim akan dicalonkan di kerusi itu.

Muka baru Lim Yi Wei akan bertanding di Kampung Tunku. Penyandang DUN itu Lau Weng Sian berpindah ke DUN Banting (sebelum ini dengn nama Teluk Datuk).

Penyandang DUN Teluk Datuk Loh Chee Heng dibuang daripada parti pada 2016 selepas didapati bersalah menyalahgunakan dana kerajaan negeri yang diperuntukkan kepada kawasannya.

Berikut adalah senarai penuh kerusi dan calon DAP di Selangor:

PARLIMEN

Bangi (sebelum ini Serdang) - Ong Kian Ming

Puchong - Gobind Singh

Damansara (sebelum ini Petaling Jaya Utara) - Tony Pua

Klang - Charles Santiago

DUN

Sekinchan - Ng Suee Lim

Kuala Kubu Bharu - Lee Kee Hiong

Teratai - Brian Lai

Balakong - Eddie Ng

Seri Kembangan - Ean Yong Hian Wah

Kinrara - Ng Sze Han

Subang Jaya - Michelle Ng

Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran

Kampung Tunku - Lim Yi Wei

Bandar Utama (sebelum ini Damansara Utama) - Jamaliah Jamaluddin

Bandar Baru Klang (sebelum ini Sungai Pinang) - Teng Chang Khim

Pandamaran - Tony Leong

Kota Kemuning - V Ganabathirao

Banting (sebelum ini Teluk Datuk) - Lau Weng San

Sungai Pelek - Ronnie Liu

Dusun Tua - Edry Faizal

Lihat Komen
ADS