Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jelebu kekal ditandingi Umno, Kayveas terpinggir
Diterbitkan:  Apr 22, 2018 8:18 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

PRU14 | Cadangan agar Umno menyerahkan kerusi tradisional Jelebu kepada MIC untuk ditukarkan kepada Port Dickson (yang sebelum ini dikenali sebagai Teluk Kemang) digugurkan selepas pemimpin akar umbi kawasan itu mengancam akan menggantung operasi pilihan raya.

Sementara itu, Presiden MyPPP M Kayveas dipinggirkan selepas kerusi parlimen Cameron Highlands disahkan akan ditandingi MIC.

Perkembangan ini merupakan antara pemerhatian utama dalam senarai calon MIC bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang dikeluarkan hari ini.

Berdasarkan senarai itu, Ketua Penerangan MIC VS Mogan akan bertanding di Port Dickson.

Bekas Menteri Tan Sri Rais Yatim sebelum ini menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan Umno menyerahkan kerusi yang pernah ditandinginya itu kepada MIC, yang dispekulasikan sebagai langkah untuk memudahkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertanding di Port Dickson yang merupakan kubu politiknya.

Pengumuman rasmi MIC akan kekal bertanding di Port Dickson menafikan spekulasi itu.

Satu lagi pemerhatian yang ketara adalah Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh akan bertanding di kerusi parlimen Cameron Highlands yang sebelum ini dikehendaki Kayveas.

Kayveas malah berkata akan membawa MyPPP keluar daripada BN jika tidak diberikan kerusi itu.

Kayveas sebelum ini mendedahkan bahawa dia ditawarkan kerusi parlimen Segambut namun dia menolak.

Awal hari ini, BN Wilayah Persekutuan mengumumkan Naib Presiden MyPPP Loga Bala Mohan sebagai calon Segambut.

Loga mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Segambut merupakan satu-satunya kerusi yang akan ditandingi MyPPP dalam PRU kali ini.

Ia juga bererti Kayveas terpinggir tanpa kerusi untuk ditandingi.

Presiden MIC S Subramaniam akan mempertahankan kerusi parlimennya di Segamat sementara Timbalan Presiden MIC SK Devamany akan bertanding di Sungai Siput, kerusi sama yang menyaksikan beliau tewas pada PRU lalu.

Senarai penuh calon MIC bagi PRU ke-14 adalah seperti berikut:

Lihat Komen
ADS